Saturday, May 9, 2009

Thursday, May 7, 2009

Friday, May 1, 2009

:: Ning Bangkit Membalas Dendam! ::




KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2008: Selepas agak lama tidak membuat persembahan di depan peminatnya , akhirnya penyanyi popular Ning Baizura Hamzah, 34, muncul dalam acara Minggu Setiausaha, baru-baru ini.

Menyarungkan busana sulaman songket yang dibelikan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 35, Ning berjaya menghiburkan tetamunya bersama-sama lebih 10 buah lagu di Ballroom Hotel Pullman, Putrajaya.

Antara lagu yang di bawakan oleh penyanyi itu adalah Pasti, Kau dan Aku, Selagi Ada, Awan Terpilu, Drama, Curiga dan Sandarkan Pada Kenangan yang berduet bersama seorang peminat lelaki.

Masih hebat seperti dulu, persembahan makan malam bagi meraikan golongan setiausaha itu cukup istimewa apabila Ning menghadiahkan tetamu dengan 2 lagu terbarunya, Tragedi Cinta dan Embun Bersinar.

Menariknya tentang 2 lagu berkenaan, melodinya dicipta sendiri oleh Ning dan ia akan dimuatkan dalam album terbarunya tidak lama lagi.

Diiringi dengan petikan keyboards oleh pemuzik berpengalaman kegemarannya, Alvin Santiago, persembahan Ning malam itu turut diserikan dengan kehadiran suami bersama-sama kedua-dua mertua dan ibu tercinta.

Sokongan dan dorongan yang diberikan individu istimewa itu, menyerlahkan lagu persembahan Ning, walaupun tanpa diserikan dengan kehadiran penari atau jenaka yang bombastik. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan persembahannya malam itu bagaikan membalas dendam kerana sudah sekian lama tidak membuat persembahan seumpama itu.

Kemantapan vokalnya juga semakin terserlah dengan kesempurnaan bait-bait lirik serta melodi yang disampaikan Ning dengan cukup jelas dan bertenaga, meskipun kala itu dia dikerumuni oleh peminat.

Mungkin kerana rahsia itu juga menyebabkan persembahannya malam itu mendapat tempat di hati peminat yang datangnya dari pelbagai kelompok kaum tidak kira, Melayu, India, Cina selain pelancong asing.

Komunikasi yang begitu baik juga, menjadikan persembahan Ning tidak hambar, sebaliknya menjadi semakin hangat apabila penyanyi itu mengalunkan seleksi lagu-lagu popularnya.

Ning sempat lagi memberi tahu bahawa dia akan tampil dengan album terbaru dan bakal menggegarkan dunia hiburan tempatan dengan konsert solo pertama tidak lama lagi. Syabas Ning!

More pics at murai.com.my.

Thursday, April 30, 2009

:: Ning @ Tell Magazine ::




Great Photos & Write Up ... Get your copy now !!!

Sunday, April 26, 2009

:: Ning Latest Single ::

Dengarkan irama terbaru dari Ning ... 'Tragedi Cinta' ...


Friday, April 17, 2009

Saturday, April 4, 2009